pada suatu pagi nyang nyaman,
di suatu tempat yang bernama KT,
berpergian lah kami ke pasar tani kerna tok mahu cari sate pekena breakfast pagi.
sate makan untuk sarapan? best tuuu
bila sahaja naik kereta, bengoh siap sedia menjadi driver.
Tok dan saya duduk lah di belakang diam-diam.
tokki pun masuk kete, duduk sebelah bengoh. (tokki masuk lambat sebab kunci pagor rumoh)
masuk je kete, tok pesan kat tokki.
'tokki, pakai tali pinggang tuu ' (dialek ganung la)
tokki pun pakai lah tali pinggang seperti yang diperkatakan oleh tok. bengoh yang jadi driver pula mmg dah ready pakai doh.
tiba-tiba tokki kata,
'orang-orang puang yang duduk belakang pun kena pakai tali pinggang jugok'
haha. tahan gelak je dengan tok kat belakang. kita ingatkan orang2 depan, diorang ingatkan kita balik.
ye dak tok?
ngoh kat depan pun gelak sorang2 jugak. tokki pulok buat muka biasa je.
hehe.
maka, meluncur lah kereta ke pasor tani dengan penuh selamat dan bahagianya.
sekian dulu updet untuk solehah dan sekeluarga di bangi sana.
(tahu jenguk dan baca je ke? updet la skaliiii!)
:D
No comments:
Post a Comment